Thursday, 23 October 2014

FURTHER STUDY VS RUN A BUSINESS

Assalamualaikum..

Sejak habis belajar kat UiTM LENDU, MELAKA.. aku langsung tak bukak dah 
blog ni.. sebab apa? sebab masa kat UiTM dulu internet free je..(tu yang best 
jadi student).. lepas habis belajar sibuk menguruskan hidup yang terumbang 
ambing lagi ni.. kira-kira dah hampir setahun aku tinggalkan Lendu. 
Rindu jugak nak jenguk kolej Tun Teja.. ziarah ikan-ikan kat Tasik Tun Fatimah..
jalan-jalan kat pasar malam UiTM..tapi macam takda point je nak pergi sana. 

Ramai student batch aku Diploma in Public Administration 2011/2013 dah 
sambung degree.. Lepas habis diploma bulan 10.. aku ada apply untuk masuk 
Bachelor in Administrative Science (BAS)..tapi aku dapat course lain.. 
Bach in Food Service..last choice yang aku buat tu yang dapat.. aku taktahu laa 
UiTM approve application tu mcm mana..tapi aku ada rasa terkilan laa..sebab ramai
mmber aku dapat sambung course ktorang jugak..2 tahun je buat degree..lepas tu 
aku terus tak fikir nak sambung degree..orang lain sibuk daftar UPU untuk 
intake September..aku buat taktahu je.. maybe sebab masa tu aku ada few family
problem yang buat aku putus asa nak further study..

So nak bawak hati yang dukalara..aku kerja..macam2 kerja jugak aku buat..
malas nak cerita lagi..bila dah kerja aku rasa happy..sebab banyak benda aku 
belajar yang aku taktahu masa jadi student dulu.. dan walaupun gaji aku tak tinggi mana.. 
at least aku boleh jugak hulur duit kat mak aku..kat adik2 aku..dan bila balik kampung..
boleh hulur kat nenek dan atuk aku
 ( bukan nak bangga diri..tapi cuma nak pesan..gaji 
walaupun kecil..tapi bila kita share dengan orang lain..in shaa Allah kita rasa senang).

Lepastu, bulan September baru ni lah.. 
dua orang member baik aku masa diploma 
dapat sambung BAS kat UiTM Sabah. Masa tu baru aku rasa sebak balik.. 
aku rasa macam..adehh.. kenapa aku tak ikut diorang. 
Aku pergi jumpa dorang kat KLIA2. 
Balik rumah menangis dalam bilik macam baru lepas tengok hindustan. 

Kemudian, 
tak lama lepastu makcik aku tanya bila aku nak sambung degree..aku 
cakap dengan dia..aku minat nak ambil TESL atau any course related to 
English Literature..sebab aku nak kasi sharp aku punya language skill.. sekali 
qualification dia minimal band 4 MUET.. Patah hati lagi sekali sebab aku takda laa 
teror English.. aku bukan tahu sangat grammar apa semua tu.. betul2 aku belajar 
English masa FORM 5 (thank you Teacher Kastury). Pelik kan? macam mana aku 
boleh lepas Diploma? Allah tolong aku laa..and sebab masa masuk UiTM aku 
memang belajar dalam English.. so automatik boleh paham.. cuma aku nak cakap
dalam bahasa English tu payah sikit.. 

Bila dah patah hati tak boleh ambil TESL sebab tak layak kata ko.. aku mula 
lah merajuk balik.. tapi still usha2 course yang sesuai.. kemudian aku jatuh hati 
dengan course Bachelor in Business Administration-Human Resource Management..
sebab masa diploma dulu pun aku suka sesangat subjek Industrial Relations.. so aku 
dalam usaha nak apply course ni untuk intake March 2015.. kalau tak dapat 
course ni..memang aku taknak sambung belajar dah..penat patah hati!!

Aku sebenarnya ada niat nak bukak business sendiri.. BUTIK PENGANTIN.. ni semua
sebab aku baru tersedar apa benda yang aku minat sangat masa aku kerja kat
butik pengantin kat Tapah, Perak. So agaknya tu salah satu faktor kenapa aku tak
kisah sangat pasal nak sambung degree.. tapi niat suci murni aku ni kurang 
mendapat sokongan daripada family..mungkin sebab lari jauh sangat dengan apa yang 
aku belajar.. mungkin jugak sebab risiko tinggi..pendapatan tak tetap.. but babe let 
me tell you this.. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan..bukan aku cakap.. 
Rasulullah s.a.w yang bersabda.

Makcik aku cakap benda yang aku minat sangat2 ni boleh menambahkan 
dosa kering..huhu..ok aku malas nak ulas kenapa dia cakap macam tu..tapi, boleh je
 kita wujudkan butik pengantin yang simple dan islamik..kan..kan?? (please support 
me).. nanti aku cerita apa benda aku berangan pasal butik pengantin ni..Aku mohon 
jugak nak masuk GIATMARA Serdang..course FASHION and DRESS MAKING..ni kira 
one of the effort untuk buka butik pengantin..Perghh..sumpah aku nak masuk!!! 
(kalau ikut hati dan perasaan yang berkobar2 ni lah). 

Jadi sekarang aku tengah tunggu panggilan antara dua ni..tapi sebenarnya aku sendiri
 pun pening nak fight for which one..atau grab dua2??hohoho..tamak tuu 
Syirini oii..sekarang aku banyak tanya orang sekeliling aku..ada yg bg semangat untuk 
aku ambil risiko dan buat business sendiri (thank you Yad!) ada pulak yang suruh 
aku sambung degree untuk cerah masa depan katanya.. Selain tu aku buat solat 
sunat Istikharah..setakat ni belum ada apa-apa tanda khabar gembira..please..tolong 
doa untuk aku sekali..lagi best tolong bagi pendapat ye tuan2 dan puan2..

Sekian, aku yang stress T_T

Wassalam..

No comments:

Post a Comment