Tuesday, 23 December 2014

Random nagging

Assalamualaikum,

hari ni aku rasa kepala aku berat sangat,
sebab terlalu banyak kerja nak kena buat sampaikan aku terdiam jap,
tak tahu nak settle kerja yang mana dulu..
serabuttttt..
dah lah aku buat kerja sorang2 kat office..
aku lah HR, aku lah Accountant.. aku lah clerk buat surat..aku balas email..
aku jugak tukang angkat call dan dengar owner kondo datang marah2 kat office..
oh..btw, sekarang aku kerja kat Condominium Management Office..
tapi tak lama lagi aku nak berhenti dah..sakit kepala kerja kat sini..
tunggu financial audited report 2014 keluar je..
and aku tgh ambil short course..Early Childhood Enducation dekat Seri Kembangan..
In shaa Allah aku akan berusaha untuk bukak taska..
next entry aku cerita pasal short course tu..
satu lagi yang buat aku pening adalah handphone aku rosak..
haishh..mana nak cekau duit beli phone baru????
stress..stress..stress..
sekarang nak sambung kerja,

Love,

S


Monday, 27 October 2014

PILIHAN COURSE DEGREE UITM

Assalamualaikum..

Hari ni aku dah tekan hantar borang permohonan IJAZAH SARJANA MUDA 
lepasan diploma.. Dekat seminggu jugak aku sakit kepala fikir nak apply course 
apa sebab aku cuma ada 3 pilihan.. So..hari ni aku decide 3 course..dua course under 
Faculty of Business Management dan satu course under fakulti lama aku.. 
Faculty of Administrative Science and Policy Studies..

Pilihan pertama : Business Administration - Human Resource Management
sebab aku pilih course ni..course ni lah yang paling berkenan di hati aku..
aku nak jaga kebajikan pekerja..cewah.. orang cakap siapa kerja HR ramai orang 
tak suka. Takpa..nanti aku buktikan semua tu salah. Sepanjang aku kerja, semua 
orang suka aku..haha(perasan jap).. sebab aku suka tegur semua orang.. 
pakcik guard.. makcik cleaner.. pakcik maintenance..aku tanya dah makan ke belum..
sihat ke tidak..makcik cleaner siap bawakkan breakfast untuk aku.. ^_^

Pilihan kedua : Administrative Science
ni lah course yang sepatutnya aku sambung..kalau dapat course ni boleh lompat 
sem 3 terus sbb aku mmg dah ada basic public admin..so dapat laa buat degree 
2 tahun saja.. tapi aku tak mengharap sangat dapat course ni.. (patah hati sebab 
masa march hari tu apply tak dapat) :'(

Pilihan ketiga : Business Administration - Operations Management
aku tak pernah dengar pasal course ni..dekat seminggu jugak lah aku dok mencari 
outline pasal course ni..tapi info yang aku  dapat tak berapa clear..semalam bila aku 
tanya makcik aku.. dia kata course ni bagus..so tapp..aku terus pilih course ni..
kalau dapat aku terima je.. 

itu saja lah nampaknya..kita tunggu jelaa keputusannya nanti..Aminnn..


Thursday, 23 October 2014

FURTHER STUDY VS RUN A BUSINESS

Assalamualaikum..

Sejak habis belajar kat UiTM LENDU, MELAKA.. aku langsung tak bukak dah 
blog ni.. sebab apa? sebab masa kat UiTM dulu internet free je..(tu yang best 
jadi student).. lepas habis belajar sibuk menguruskan hidup yang terumbang 
ambing lagi ni.. kira-kira dah hampir setahun aku tinggalkan Lendu. 
Rindu jugak nak jenguk kolej Tun Teja.. ziarah ikan-ikan kat Tasik Tun Fatimah..
jalan-jalan kat pasar malam UiTM..tapi macam takda point je nak pergi sana. 

Ramai student batch aku Diploma in Public Administration 2011/2013 dah 
sambung degree.. Lepas habis diploma bulan 10.. aku ada apply untuk masuk 
Bachelor in Administrative Science (BAS)..tapi aku dapat course lain.. 
Bach in Food Service..last choice yang aku buat tu yang dapat.. aku taktahu laa 
UiTM approve application tu mcm mana..tapi aku ada rasa terkilan laa..sebab ramai
mmber aku dapat sambung course ktorang jugak..2 tahun je buat degree..lepas tu 
aku terus tak fikir nak sambung degree..orang lain sibuk daftar UPU untuk 
intake September..aku buat taktahu je.. maybe sebab masa tu aku ada few family
problem yang buat aku putus asa nak further study..

So nak bawak hati yang dukalara..aku kerja..macam2 kerja jugak aku buat..
malas nak cerita lagi..bila dah kerja aku rasa happy..sebab banyak benda aku 
belajar yang aku taktahu masa jadi student dulu.. dan walaupun gaji aku tak tinggi mana.. 
at least aku boleh jugak hulur duit kat mak aku..kat adik2 aku..dan bila balik kampung..
boleh hulur kat nenek dan atuk aku
 ( bukan nak bangga diri..tapi cuma nak pesan..gaji 
walaupun kecil..tapi bila kita share dengan orang lain..in shaa Allah kita rasa senang).

Lepastu, bulan September baru ni lah.. 
dua orang member baik aku masa diploma 
dapat sambung BAS kat UiTM Sabah. Masa tu baru aku rasa sebak balik.. 
aku rasa macam..adehh.. kenapa aku tak ikut diorang. 
Aku pergi jumpa dorang kat KLIA2. 
Balik rumah menangis dalam bilik macam baru lepas tengok hindustan. 

Kemudian, 
tak lama lepastu makcik aku tanya bila aku nak sambung degree..aku 
cakap dengan dia..aku minat nak ambil TESL atau any course related to 
English Literature..sebab aku nak kasi sharp aku punya language skill.. sekali 
qualification dia minimal band 4 MUET.. Patah hati lagi sekali sebab aku takda laa 
teror English.. aku bukan tahu sangat grammar apa semua tu.. betul2 aku belajar 
English masa FORM 5 (thank you Teacher Kastury). Pelik kan? macam mana aku 
boleh lepas Diploma? Allah tolong aku laa..and sebab masa masuk UiTM aku 
memang belajar dalam English.. so automatik boleh paham.. cuma aku nak cakap
dalam bahasa English tu payah sikit.. 

Bila dah patah hati tak boleh ambil TESL sebab tak layak kata ko.. aku mula 
lah merajuk balik.. tapi still usha2 course yang sesuai.. kemudian aku jatuh hati 
dengan course Bachelor in Business Administration-Human Resource Management..
sebab masa diploma dulu pun aku suka sesangat subjek Industrial Relations.. so aku 
dalam usaha nak apply course ni untuk intake March 2015.. kalau tak dapat 
course ni..memang aku taknak sambung belajar dah..penat patah hati!!

Aku sebenarnya ada niat nak bukak business sendiri.. BUTIK PENGANTIN.. ni semua
sebab aku baru tersedar apa benda yang aku minat sangat masa aku kerja kat
butik pengantin kat Tapah, Perak. So agaknya tu salah satu faktor kenapa aku tak
kisah sangat pasal nak sambung degree.. tapi niat suci murni aku ni kurang 
mendapat sokongan daripada family..mungkin sebab lari jauh sangat dengan apa yang 
aku belajar.. mungkin jugak sebab risiko tinggi..pendapatan tak tetap.. but babe let 
me tell you this.. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan..bukan aku cakap.. 
Rasulullah s.a.w yang bersabda.

Makcik aku cakap benda yang aku minat sangat2 ni boleh menambahkan 
dosa kering..huhu..ok aku malas nak ulas kenapa dia cakap macam tu..tapi, boleh je
 kita wujudkan butik pengantin yang simple dan islamik..kan..kan?? (please support 
me).. nanti aku cerita apa benda aku berangan pasal butik pengantin ni..Aku mohon 
jugak nak masuk GIATMARA Serdang..course FASHION and DRESS MAKING..ni kira 
one of the effort untuk buka butik pengantin..Perghh..sumpah aku nak masuk!!! 
(kalau ikut hati dan perasaan yang berkobar2 ni lah). 

Jadi sekarang aku tengah tunggu panggilan antara dua ni..tapi sebenarnya aku sendiri
 pun pening nak fight for which one..atau grab dua2??hohoho..tamak tuu 
Syirini oii..sekarang aku banyak tanya orang sekeliling aku..ada yg bg semangat untuk 
aku ambil risiko dan buat business sendiri (thank you Yad!) ada pulak yang suruh 
aku sambung degree untuk cerah masa depan katanya.. Selain tu aku buat solat 
sunat Istikharah..setakat ni belum ada apa-apa tanda khabar gembira..please..tolong 
doa untuk aku sekali..lagi best tolong bagi pendapat ye tuan2 dan puan2..

Sekian, aku yang stress T_T

Wassalam..

Thursday, 19 September 2013

Kekasih gelapku =p

LOVE

 IS NOT ABOUT HOW MUCH YOU SAY 

I LOVE YOU

BUT HOW MUCH YOU PROVE 

THAT IT'S TRUE

 Mr.Sunset called me.. and dedicated this song to me...haha.. :)



Ku mencintaimu lebih dari apapun

Meskipun tiada satu orang pun yang tau

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelapku



Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu

Disaat engkau merindukan diriku

Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu

Waktu yang panjang dalam hidupku



Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku

Yang kucari slama ini dalam hidupku

Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku

Yang panjang dalam hidupku



Ku mencintaimu lebih dari apapun

Meskipun tiada satu orang pun yang tau

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelapku



Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Mencintaimu lebih dari apapun

Meskipun tiada satu orang pun yang tau

Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Kekasih gelapku








 p/s  :


LOVE SOMEONE NOT BECAUSE THEY GIVE WHAT YOU NEED

BUT BECAUSE THEY GIVE YOU

 FEELINGS YOU NEVER THOUGHT YOU NEEDED


          ^_^



Friday, 13 September 2013

Stressss!!!




Assalamualaikum..

hari ni aku ada presentation Industrial Relations,
semangat lah aku nak share ilmu dengan kawan2 aku..
paling penting aku nak bg good impression kat PM Norhayati..
semua orang cakap dia garang..takut dengan dia..
tapi aku tak rasa takut pun dengan dia..aku lagi suka bertanya dalam kelas..
maybe sebab tu dia ingat nama aku..
lepas habis presentation..
PM Norhayati tanya kitorang, mana awak dapat soalan ni??
Aku pun tercengang.. speechless..
sebab frontpage soalan tu member aku yang buat..
aku tak tahu nak jawab ape dengan dia..
after class, aku pergi jumpa dia dengan member aku..
dia cakap kitorang meniru sebab soalan tu masa intersesi..
lagi laah aku tercengang gilaa....
penat aku cari buku, buat assignment..
hanya sebab soalan tu bukan soalan yang dia bagi..
dia cakap dia kecewa dengan aku..
sebab aku favourite student dia..tapi buat masalah..
dia buat soalan yang lain sikit supaya student tak meniru..
tapi group aku yang buat dia rasa kecewa..
dia cuma dapat bagi C sahaja..
gilaaa..expectation aku tinggi untuk assignment ni..
perggghhh..kalau aku tak kuat memang kat situ jugak berjurai air mata aku..
rasa stress sangat..STRESSSSS!!!!
rasa macam ada batu datang himpap kat atas kepala aku ni..
pastu member aku mengaku yang dia ada rujuk assignment masa intersesi..
dia terikut sekali soalan tuu..
mungkin dia pun tak perasan soalan tu lain..
aku mengaku salah aku jugak sebab tak tengok banyak kali soalan tuu..
jadi assignment kitorang tak menepati apa yang dia nak sebab kitorang 
memang fokus dekat soalan intersesi tuu.
tapi aku tak sangka member aku boleh salah soalan..
dan aku tak tahu tu soalan intersesi..
mana lah aku nak fikir soalan tu betul ke salah..
aku rasa..
kalau member aku tak salah letak soalan intersesi..
kitorang boleh dapat markah yang lebih baik..
tapi soalan dia memang lain..
aku sendiri tak salahkan PM Norhayati kalau dia syak kitorang tiru assignment orang lain..
sebab semua orang akan fikir macam tuu..
malu...sumpah aku malu sangat PM Norhayati..





aku tak marah member aku..
sebab benda dah lepass..aku marah pun tak guna..
cuma aku sedih sangat bila PM Norhayati cakap aku ni favourite student dia..
tapi aku yang buat hal n dia sangat kecewa dengan aku..
kalau aku terangkan situasi yang sebenar kat PM Norhayati pun..
aku tak rasa dia akan percaya..
Ya Allah..dugaan ape ni..
aku cuma mampu nangis jelaa...nak buat apa lagi dahh..
serius rasa macam nak balik rumah sekarang ni..
nak menangis kat mak aku..mummy..






tu sahaja nak cerita..Wassalam =(

Thursday, 5 September 2013

Hari Raya Perdana UiTM Lendu, Melaka

Assalamualaikum..


hari baru merasa bukak blog yang selalu berhabuk ni..
baru sempat nak buat entry pasal jamuan raya perdana hari tu kat uitm lendu..
Jamuan Raya Perdana ni memang setiap tahun ada..
anjuran HEP dengan kolej2 kediaman..19 kolej termasuk Non-Resident pun dapat khemah kau..
setiap kolej kediaman (hostel) diberi khemah untuk menyediakan jamuan raya masing-masing..
hari ni yang paling best sebab ada banyak gilaa makanan..
dan semuanyaaa PERCUMAAAA!!!

sekali lagi PERCUMAAAAA!!
haha..antara orang yang paling happy aku lah...sebab ada banyak makanan free kan..
pagi-pagi pukul 8 aku dah ready angkat barang-barang masuk dalam Haifa's Barney
 (kereta viva putih kesayangan dia). Haifa ni MT Kebajikan merangkap driver untuk kolej Tun Teja..
hoho..jangan marah ye babe..gurau-gurau jepp..
lepas tu kitorang pergi set-up khemah yang kecil comel tu..
sampai2 terkejut aku tengok..uihhh..orang lain punya khemah meletup vah devah voommm..
takpelaaa..nasib baik aku ada beli belon warna pink and kuning..
dapat laa jugak hias booth tuu..sedapkan hati sendiri..
booth kitorang sediakan homemade chocolate cake, fruit tart and blueberry tart..
diimport khas daripada Bangi, Selangor..jauhh tu sampai Melaka..
paling HOT sekali fruit tart laa sebab diaa sedappp..and sebab benda tu mahal..
bila dah free apa lagi..berebut laa orang nak ambil..ramai lah yang datang ke booth kitorang..

aku pun feeling2 macam aku bukak kedai pastry pulak..hehe..in shaa Allah..
punya best layan orang sampai lupa nak jalan2 ambil makanan free..
nasib  baik kawan akutolong ambilkan makanan.. Spagetti bolognese =)
nampakkk..spagetti tu..free2 jee..
masa kitorang tengah layan customer laa konon2 nyaa..
datang sorang mamat ni..pakai baju melayu warna krim..
dia cakap "sumpah korang punya tart sedap" haaa...lebih kurang macam tulaa..
tersipu2 kitorang ni..
bagi sape2 yang tak dapat merasa tart tu sorry laa ye..
salahkan dorang yang tamak tu..ambil banyak2..huhu..
lepass tu.. kitorang ambil gambar..
dengan Miss Masita.. kitorang punya RS/penasihat Kolej Tun Teja.





 baju kuning : Iffah MT Keusahawanan
baju hijau : Farah Hanis MT Sukan



 aku dengan apron bunga-bunga..
serius rasa macam tauke kedai kek..ngeee..




 menggedik dengan Iffah dan Syasya MT Kebudayaan




 Riang Ria Raya Kolej Tun Teja

aku agak sedih sebab..
ni kali terakhir beraya dengan dorang..
lepas ni aku dah grad..
sob sob.. T_T


pic haifa yang aku curik drpd FB dia..
omeeyy angat..
hehe.. peace ! =P




Sekian Wassalam..


Friday, 16 August 2013

aku datang



Aku datang ~ Tomok

  Aku datang kepadamu
  Aku datang mencarimu
  Tapi kau pergi dariku
  Bagai bayu di jari jari ku

  Aku datang dengan rindu
  Aku datang dengan pilu
  Tapi kau terus membisu
  Bagai bintang dingin menjauh

  Ke manakah perginya kasih kita
  Ke manakah hilangnya erti setia
  Berlari ku mengejar
  Namun cahayanya makin pudar

  Ke manakah harusku bawa cinta
  Ke manakah harus ku cari syurga
  Andai bukan kepadamu
  Ke mana lagi harus ku tuju


p/s : bila dengar lagu ni rasa sedih sangat sebab teringat kat seseorang.. =(





A GIRL'S FAVOURITE SONG
 WILL TELL YOU MORE 
ABOUT HER FEELINGS THAN HER LIPS


Sekian, wassalam :)